There was an error in this gadget

Tuesday, October 4, 2011

Rahsia Darah

DARAH O 
Individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Akan berusaha untuk mencapai matlamat walau dalam apa cara sekalipun. Dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.  


DARAH A 
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup. Gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Ada kalanya agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. 


DARAH B 
Lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri.

DARAH AB 
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.