There was an error in this gadget

Monday, January 31, 2011

Rahsia Nombor

1 – Satu:-

Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

2 – Dua
:-

Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh.Bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu.Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan. Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insya-Allah, tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh.

3 – Tiga:-

Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan. Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah. Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.

4 - Empat:-

Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi. Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, Insya-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

5 – Lima:-

Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi.
Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

6 – Enam:-

Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk.
666 adalah lambang syaitan – gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran. Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib. Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

7 – Tujuh:-

Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. Insya-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan. Caranya mudah – palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

8 – Lapan:-

Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkannya – untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya, mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian. Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

9 – Sembilan:-

Nombor ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap.
Tapi, jangan bimbang, walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!

10 atau 0
:-

Simbol keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran – tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernaung dibawahnya. Hanya Pencipta memilikinya.

Sunday, January 30, 2011

Rahsia Bulan Kelahiran

JANUARI
- Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
- Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
- Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
- Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
- Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
- Pandai mengambil hati orang lain.
- Pendiam kecuali telah dirangsang.
- Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
- Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
- Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
- Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Cukup sayang pada kanak-kanak.
- Suka duduk di rumah.
- Setia pada segala-galanya.
- Perlu belajar kemahiran bersosial.
- Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
- Berfikiran abstrak.
- Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
- Bijak dan pintar
- Berpewatakan yang mudah berubah.
- Mudah menawan orang lain.
- Agak pendiam.
- Pemalu dan rendah diri.
- Jujur dan setia pada segalanya.
- Keras hati untuk mencapai matlamat.
- Tidak suka dikongkong.
- Mudah memberontak apabila dikongkong.
- Suka kegiatan yang lasak.
- Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
- Mudah mempamerkan marahnya.
- Tidak suka benda yang remeh-temeh.
- Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
- Sangat berani dan suka memberontak.
- Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
- Pemerhatian yang tajam.
- Suka hiburan dan sukan.
- Suka benda yang bersifat seni.
- Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
- Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
- Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
- Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

- Berpesonaliti menarik dan menawan.
- Mudah didampingi.
- Sangat pemalu dan pemendam rasa.
- Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati.
- Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
- Suka pada kedamaian.
- Sangat peka pada orang lain.
- Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
- Tidak cepat marah dan sangat amanah.
- Tahu membalas dan mengenang budi.
- Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
- Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
- Suka berangan-angan.
- Suka melancong.
- Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
- Kelam kabut dalam memilih pasangan.
- Suka dengan hiasan rumahtangga.
- Punya bakat seni dalam bidang muzik.
- Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
- Terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
- Sangat aktif dan dinamik.
- Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
- Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
- Punya daya mental yang sangat kuat.
- Suka diberi perhatian.
- Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
- Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
- Sangat berani dan tiada perasaan takut.
- Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
- Emosi cepat terusik.
- Cuba kawal perasaan.
- Kecenderungan bersifat pendendam.
- Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
- Kuat daya ingatan.
- Gerak hati yang sangat kuat.
- Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
- Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
- Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

- Keras hati & tegas.
- Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
- Pemikiran yang tajam.
- Mudah marah apabila tidak dikawal.
- Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
- Perasaan yang amat mendalam.
- Cantik dari segi mental & fizikal.
- Tidak perlu dimotivasikan.
- Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
- Mudah dipujuk.
- Bersikap sistematik (otak kiri).
- Suka berangan.
- Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
- Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
- Daya khayalan yang tinggi.
- Permikiran yang tajam.
- Pandai berdebat.
- Fizikal yang baik.
- Kelemahan sistem pernafasan.
- Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
- Tidak berapa suka duduk di rumah.
- Tidak boleh duduk diam.
- Tidak punya ramai anak.
- Rajin dan bersemangat tinggi.
- Agak boros

JUN

- Berfikiran jauh & berwawasan.
- Mudah ditawan kerana sikap baik.
- Berperangai lemah lembut.
- Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
- Idea yang terlalu banyak di kepala.
- Bersikap sensitif.
- Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
- Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
- Bersikap suka menangguh-nangguh.
- Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
- Cepat marah & cepat sejuk.
- Suka bercakap & berdebat.
- Suka buat lawak & bergurau.
- Otaknya cerdas berangan-angan.
- Mudah berkawan & pandai berkawan.
- Seorang yang sangat tertib.
- Pandai mempamerkan sikap.
- Mudah kecil hati.
- Mudah kena selsema.
- Suka berkemas.
- Cepat rasa bosan.
- Sikap terlalu memilih & cerewet.
- Kurang mempamerkan perasaan.
- Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
- Suka pada barang yang berjenama.
- Mudah menjadi eksekutif.
- Kedegilan yang tidak terkawal.
- Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

- Sangat suka didamping.
- Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
- Agak pendiam kecuali dirangsang.
- Ada harga dan maruah diri.
- Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
- Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
- Sangat menjaga hati orang lain.
- Sangat peramah.
- Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
- Berjiwa sentimental.
- Jarang berdendam.
- Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
- Tidak suka benda remeh-temeh.
- Membimbing cara fizikal dan mental.
- Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
- Layanan yang serupa terhadap semua orang.
- Tinggi daya simpati.
- Pemerhatian yang tajam.
- Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
- Mudah dan rajin belajar.
- Suka muhasabah diri.
- Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
- Suka mendiamkan diri.
- Suka duduk di rumah.
- Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
- Tidak agresif kecuali terpaksa.
- Lemah dari segi kesihatan perut.
- Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
- Minta disayangi.
- Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
- Terlalu mengambil berat.
- Rajin dalam membuat kerja

OGOS
- Suka berlawak.
- Mudah tertawan padanya.
- Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
- Berani dan tidak tahu takut.
- Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
- Pandai memujuk orang lain.
- Terlalu pemurah & bersikap ego.
- Nilai harga diri yang sangat tinggi.
- Dahagakan pujian.
- Semangat juang yang luar biasa.
- Cepat marah & mudah mengamuk.
- Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
- Sangat cemburu.
- Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
- Cepat berfikir.
- Fikiran yang berdikari.
- Suka memimpin & dipimpin.
- Sifat suka berangan.
- Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
- Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
- Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
- Belajar untuk bertenang.
- Sikap kelam kabut.
- Romantik, pengasih dan penyayang.
- Suka mencari kawan

SEPTEMBER

- Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
- Sangat cermat, teliti & teratur.
- Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
- Pendiam tapi pandai bercakap.
- Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
- Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
- Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
- Sangat sensitif yang tidak diketahui.
- Seorang yang banyak berfikir.
- Otak bijak & mudah belajar.
- Suka mencari maklumat.
- Kawal diri dari terlalu mengkritik.
- Pandai mendorong diri sendiri.
- Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
- Suka sukan, hiburan & melancong.
- Kurang menunjukkan perasaannya.
- Terluka hatinya sangat lama disimpan.
- Terlalu memilih pasangan.
- Sukakan benda yang luas.
- Bersistematik

OKTOBER

- Suka berbual.
- Suka orang yang sayang padanya.
- Suka ambil jln tengah.
- Sangat menawan & sopan santun.
- Kecantikan luar & dalam.
- Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
- Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
- Sentiasa berkawan.
- Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
- Cepat marah.
- Macam pentingkan diri sendiri.
- Tidak menolong orang kecuali diminta.
- Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
- Tidak suka terima pandangan orang lain.
- Emosi yang mudah terusik.
- Suka berangan & pandai bercakap.
- Emosi yang kelam kabut.
- Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
- Suka melancong, bidang sastera & seni.
- Pengasih, penyayang & lemah lembut.
- Romantik dalam percintaan.
- Mudah terusik hati & cemburu.
- Ambil berat tentang orang lain.
- Suka kegiatan luar.
- Seorang yang adil.
- Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
- Mudah patah semangat

NOVEMBER

- Banyak idea dalam perkara.
- Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
- Berfikiran kehadapan.
- Berfikiran unik dan bijak.
- Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
- Pemikiran yang tajam.
- Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
- Sesuai jadi seorang doktor.
- Cermat dan teliti.
- Personaliti yang dinamik.
- Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
- Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
- Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
- Terlalu degil dan keras hati.
- Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
- Tak suka marah kecuali digugat.
- Mudah ambil berat terhadap orang lain.
- Pandai muhasabah diri.
- Cara berfikir yang lain dari orang lain.
- Otak yang sangat tajam.
- Pandai mendorong diri sendiri.
- Tidak hargai pujian.
- Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
- Cuba sampai berjaya.
- Badan yang sasa.
- Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
- Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
- Suka duduk d irumah.
- Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
- Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
- Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
- Bercita-cita tinggi.
- Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

- Sangat setia dan pemurah.
- Bersifat patriotik.
- Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
- Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
- Bercita-cita tinggi.
- Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
- Seronok bila didampingi.
- Suka bercampur dengan orang.
- Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
- Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
- Tidak pandai berpura-pura.
- Cepat marah.
- Perangai yang mudah berubah-ubah.
- Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
- Benci pada kongkongan.
- Suka berlawak.
- Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Friday, January 28, 2011

Rahsia Warna Kegemaran

BIRU :-  Jika menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.

HIJAU :- Maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

KUNING :- Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis. Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan kurang bijak.

UNGU :- Jika warna ungu menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.

PUTIH :- Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.

HITAM :- Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta kamu.

MERAH :- Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta. 


Warna Mengikut Hari

ISNIN - PUTIH :- Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.    
SELASA - PINK / UNGU :- Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini. Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. 
RABU - BIRU :- Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya). Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya. 
KHAMIS - KUNING / OREN :- Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi. Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.   
JUMAAT - HIJAU :- Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain. Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan. 
SABTU - MERAH :- Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya. 
AHAD - HITAM :- Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada hari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.