Tuesday, February 15, 2011

Rahsia Di Sebalik Nombor Rumah

Kiraan: 
No 11 = 1+1=2
Jadi angka rumah anda ialah 2.

Nombor 192 = 1+9+2=12
12 = 1+2=3
Jadi angka rumah korang ialah 3.

Baca keterangan angka rumah di bawah..

Rumah nombor 1
Penghuni yg tinggal di rumah ini biasanya dikatakan mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap keluarga. Kamu juga sering berasa kesepian,oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa lapang  kamu. Kamu juga harus mencari banyak peluang utk bersantai bagi merehatkan fikiran dan tubuh.Sentiasa menghadapi hari-hari yg mendatang dgn penuh ceria dan gembira.

Rumah nombor 2
Orang yg tinggal di rumah ini selalu dibebankan dengan masalah orang lain.Jangan terlalu banyak menyendiri.Carilah teman-teman untuk berbicara. Kamu yg bernaung di bawah zodiak Cancer akan tertarik dengan angka ini.Rumah ini akan memberikan banyak kenangan kepada penghuninya.

Rumah nombor 3
Biasanya mereka yg tinggal di rumah bernombor ini adalah bercita-cita tinggi dan sangat menggemari pengembaraan dan percutian.Oleh itu mereka berani mengambil risiko tanpa memikirkan akibatnya degan lebih mendalam lagi.Penghuninya juga sangat mementingkan 'kesempurnaan' dalam segala-galanya bahkan rumah mereka mempunyai tempat-tempat khas untuk meletakkan barang tertentu mengikut kesesuaian. Mereka jenis ini amat menitik beratkan soal kecantikan dalaman dan luaran di rumah,sehinggakan setiap orang yang datang akan merasa tenang dan senang serta sering menimbulkan rasa iri hati jiran-jiran.Namun harus diingat ,mereka yang berbintang Sagitarus amat gemar mengunjungi rumah penghuni di rumah nombor 3.

Rumah nombor 4 
Nombor jenis ini agak sukar untuk diramalkan.Hidup si penghuni sering di kelilingi oleh masalah,membuatkan kehidupan seseorang itu tidak berasa tenang. Jadi tidak hairanlah penghuni di rumah ini kerap kali bertemu pakar psikologi dan kaunselor.Jika kamu berpindah ke rumah yang bernombor ini,pasti kehidupanmu akan berubah secara dramatis. Mereka yang lahir di bawah bintang Aquarius akan tertarik pada nombor jenis ini. Rumah jenis ini agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan rumah yang lain.Tapi harus diingat ,jangan terlalu boros di dalam berbelanja.

Rumah nombor 5
 
Rumah jenis ini boleh diibaratkan seperti hotel. Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu, mereka yang tinggal di rumah nombor ini selalunya jenis orang yang suka berusaha dan berniaga.Mereka akan juga mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaan.Biasanya mereka yang bernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor ini.Namun begitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit.Polisi insuran sering mendapat perhatian khusus dari pernghuni rumah ini. Mereka juga sering menerima panggilan  telefon dan surat yang tersalah alamat. Rumah nombor ini dikatakan mewah dengan kebendaan.

Rumah nombor 6
 
Kamu yang tinggal di rumah yang bernombor ini memang jenis yang suka bercucuk tanam.Angka 6 ini berkait dengan tumbuh-tumbuhan.Juga,dikatakan lambang kematangan. Para penghuninya mempunyai daya kreativiti yang tinggi.Tidak mustahil kamu akan menemui bakat-bakat yang tersembunyi pada diri penghuninya. Mereka yang berbintang Taurus dan Libra menyukai nombor ini walaupun ia menyimpan pelbagai misteri yang tersembunyi. Kamu juga sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan muzik. Rumah kamu juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang sukakan layanan yang kamu berikan.

Rumah nombor 7

Satu angka 'aneh'.Tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata apakah misteri yang tersembunyi dan penghuninya sering bermain-main dengan teka-teki.Sebelum kamu menduduki rumah tersebut,periksa dahulu semua kemudahan asas terutama sistem bekalan yang boleh mendatangkan masalah kepada kamu nanti.Dikatakan kamu yang menghuni rumah nombor ini akan sering berulang alik ke hospital,samada kerana kamu atau keluarga kamu yang sakit,malah kamu juga akan sering pergi untuk melawat rakan-rakan atau saudara mara yang sakit. Sepanjang kamu tinggal di rumah tersebut ,kamu sentiasa melakukan perubahan dari segi penyusunan perabot rumah. Kamu mudah dihinggapi penyakit dibahagian kaki.Kamu yang bernaung di bawah zodiak Pieces tertarik untuk mendiami rumah nombor ini.jangan terlalu boros berbelanja dan fikirkan masa depan kamu. Berbelanjalah secara rasional.

Rumah nombor 8
Rumah ini lebih digemari oleh golongan yang sudah berumur jika dibandingkan dengan remaja.Penghuninya gemar mengumpul jam tangan yang pelbagai bentuk,jenis dan jenama serta menunjukkan waktu yang berlainan.Sebelum berpindah ke rumah ini,periksa dahulu dalam persekitaran rumah itu terutamanya struktur tanah.Warga Capricorn sangat tertarik untuk mendiami rumah ini berbanding dengan nombor lain,sebaliknya ia mendatangkan kerugian pula kepada warga Aquarius. Banyakkan makan sayuran dan kamu prihatin terhadap kesihatan kamu terutamanya yang berkaitan dengan pemakanan.

Rumah nombor 9
Biasanya tidak suka mengakhiri persahabatan dengan kekerasan dan permusuhan.Disebabkan sikapmu yang telalu behati-hati,telah menyebabkan kamu kurang berminat untuk menjemput rakan-rakan bertandang ke rumahmu. Namun begitu kamu jenis yang peramah dan jujur.Mereka yang berbintang Aries dan Scorpio tertarik dengan angka ini.Bahkan ia sering mengundang kebahgiaan di dalam hidup kamu yang menghuni di rumah ini.Mengembara dan ingin mendalami sesuatu yang baru adalah tabiat semulajadi bagi mereka yang menghuni rumah ini.Kamu pandai mengatur masa depanmu agar tidak terpesong dari landasan hidupmu seperti yang dicita-citakan selama ini.

Rahsia Tahi Lalat & Firasat

Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai

Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati

Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka

Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tidak  mudah mengalah

Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita

Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan

Leher di tengah - Tercapai cita-cita

Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong

Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati

Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas

Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki

Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan

Punggung kiri - Malas dan suka duduk

Betis kanan - Suka berhibur, boros

Betis kiri - Rajin,tidak suka menganggur

Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha

Lutut kiri - Kurang kuat berusaha

Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita

Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan

Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun

Kening kanan - Cerdas dan cekap

Kening kiri - Cerdas, sopan santun

Tengah kening - Keras hati, berani segala hal

Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah

Hujung mulut kiri - Suka berfoya-foya

Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia

Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta

Pergelangan kaki kanan - Suka berpergian (keluar rumah)

Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat

Batang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

Pada hidung - Banyak rezeki

Dagu bawah kanan - Jujur dan baik hati

Dagu bawah kiri - Bijak sana dan berbudi luhur

Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama

Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri 2

Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan

Tumit kiri - Baik budi

Alis kanan - Suka menolong, baik hati

Alis kiri - Ramai yang suka

Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat

Pangkal peha kiri - Suka kerja apa-apa pun

Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh

Jari kaki kanan - Suka menolong

Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik

Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan

Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Buah dada kanan - Baik hati, pendiam,simpan rahsia

Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan

Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan

Lengan kiri - Menepati janji dan rajin

Pipi kanan - Ramai teman

Tengah-tengah pipi kanan - Ramai yang suka

Tengah-tengah pipi kiri - Ramai teman

Ubun-ubun - Kurang jujur

Pusat - Cerdas, tangkas, tekun

Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup

Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan

Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup

Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup

Dada kanan - Dapat mengatasi masalah

Dada kiri - Berani, jujur dan sabar

Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh

Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya

Siku tangan kanan - Keinginan yang kuat untuk memiliki kekayaan

Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong

Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan

Jari tangan kiri - Serba baik bekerja

Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tapi boros

Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat

Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf

Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya

Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri

Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan

Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta

Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya

Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka

Kelopak mata kanan bawah - Agak malas

Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana